Hentakan Aslam
22 November 2014, 10:30pm, Laluan emergency Hospital Sungai Buloh
#Aslam #UnserLaju #brake #abgNgah terseliuh
Sekejap, ia berlaku seperti sekelip mata manusia,
Unser Toyota meluncur laju sukar dilihat dek mata,
Tika itu hujan renyai, renyai sehingga basah licin jalan-jalan itu,
Aku ditarik, diHENTAK ke jalan raya,
bersama scooter kesayanganku,
'aslam'
Aslam = yang paling selamat,
ada kuasa yg datang memegang kepala ku,
kerana hentakan sebegitu kuat di kepala ku,
mana mungkin selamat?
jika Allah menjadikan helmet itu satu penyelamat?
aduh, sakit sungguh lutut kanan ku,
berdarah..
lutut kiri sudah selamat diambil meniscusnya,
kembali menghadap Tuannya,
x mengapalah..lutut ini hanya pinjaman,
kelak aku terus menerus menghargai nikmat yg masih ada ini..
Wahai Yang Maha Mematikan dan Menghidupkan,
Yang Maha Melindungi,
Aku, telah kau berikan peluang sekali lagi...
untuk hidup terus bertaubat dan berbakti,
mana mgkn ada peluang sebegini?
atau mgkn sebentar lagi tiada pasti?
kerana aku hnya punyai Aslam,
hanya berbumbung helmet,
berperisai, hanya tanah badanku.
Allah, please protect me,
make me as Ya Ayyatuhannafsu Mutmainnah,
have Husnul Khotimah.
Ameen
No comments:
Post a Comment